Dilahirkan Jun 1966 di Mukah,Sarawak.Tamat pendidikan formal di sekolah menengah, beliau bekerja sebagai wartawan sambilan di akhbar Utusan Borneo Sibu, Kemudian beliau mendapat tawaran bekerja sebagai wartawan sepenuh masa di akhbar Utusan Sarawak, Seterusnya mengikuti kursus kewartawan sambil berkerja di Utusan Malaysia, dan mengikuti program Diploma Kewartawanan di Akademi Media dan Infomasi, Kuala Lumpur. Tahun 2006, Abang Hassimsah memperolehi Ijazah Bachelor of Business Administration melalui program Golden State University (GSU), di Amerika Syarikat. Dalam Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) beliau pernah menjawat pangkat Komander, Deputi Marshal dan Marshal, atas sikap didikasinya menjalankan tugas, beliau dianugerahkan Pingat Khidmat Sosial (PKS). Dalam penulisan melalui nama samaran pena Jingga beliau menghasilkan berpuluh puisi untuk siaran akhbar Berita Harian, Utusan Borneo dan Utusan Sarawak, pernah muncul dengan buku antologi puisi cinta,Terkunci Di Mahligai Mimpi, buku skandal Berlabuh Di Ranjang Nafsu sementara itu beliau juga pernah menghasilkan lebih 30 lirik lagu. Kini beliau menjalankan perniagaan sendiri membuka syarikat pengurusan penerbitan.